halaman

Monday, December 13, 2010

Curi motosikal: Pemuda dibelasah hingga mati

haha.. bia pdn ngn mke ko...



PASIR MAS 13 Dis. – Gara-gara mencuri sebuah motosikal, seorang pemuda berusia 25 tahun maut selepas dibelasah sekumpulan penduduk dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang di Kampung Slow Machang, dekat sini, petang semalam.

Mangsa disahkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah di belakang kepala dan beberapa bahagian badan kira-kira pukul 6.40 petang ketika menerima rawatan di Hospital Pasir Mas (HPM).
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, mangsa yang berasal dari kampung berkenaan dibawa ke HPM oleh sepasukan pegawai dan anggota polis selepas mendapati suspek tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.
"Semasa kejadian suspek dipercayai telah melarikan sebuah motosikal jenis Honda EX5 sebelum dikejar oleh beberapa penduduk kampung sebaik menerima laporan daripada pemilik kenderaan terbabit.
"Mangsa dipukul bertubi-tubi selepas berjaya ditangkap penduduk kampung berkenaan dan kejadian itu disedari oleh Ketua Balai Polis Pasir Mas yang kebetulan menjalankan rondaan di kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita ketika melawat tempat kejadian malam tadi

No comments:

Post a Comment

Popular Posts