halaman

Wednesday, December 15, 2010

Kesian... hargailah ibu bapa korang sementara masih ada masa...

Ibu tunggal maut motosikal bergesel lori



JASIN 14 Dis. - Seorang ibu tunggal maut setelah motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum diseret sejauh 60 meter di Kilometer 190.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Tol Ayer Keroh di sini malam semalam.
Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, mangsa, Hasnah Ahmad (gambar), 50, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Che Suza Che Hitam berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal berseorangan sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tangkak, Johor.
"Siasatan awal polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas motosikal mangsa bergesel dengan sebuah lori yang belum dapat dikenal pasti.
"Akibatnya, mangsa gagal mengawal motosikal lalu terjatuh dan diseret oleh lori sama sejauh kira-kira 60 meter," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurut beliau, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, anak sulung mangsa, Farhanamrun Masir, 19, berkata, pada pukul 9.30 malam semalam, ibunya memberitahu hendak pergi ke kedai membeli tambah nilai telefon bimbitnya tetapi tidak menyangka dia ke bandar Melaka semata-mata membeli tambah nilai berkenaan.
"Kami menerima panggilan daripada pihak polis memberitahu mengenai kejadian menimpa ibu pada pukul 12.30 tengah malam," katanya.
Menurutnya, sejak kebelakangan ini, ibunya sering berpesan agar menjaga adiknya yang berusia 17 tahun sekiranya dia meninggal dunia.
"Ibu juga ada menyimpan duit dan menyuruh saya menggunakan duit simpanannya itu untuk menjaga adik jika dia sudah tiada," katanya sebak.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts