halaman

Thursday, December 23, 2010

Selamat disebabkan HAID??.... haha..



KUALA LUMPUR: Disebabkan datang bulan, seorang wanita berusia awal 30-an terselamat daripada dirogol seorang pemandu teksi di Jalan Raja Chulan, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, pemandu teksi berusia lewat 30-an terbabit memberhentikan kenderaannya di lorong belakang sebuah bangunan dan cuba merogol mangsa.

Menurut sumber, mangsa tidak menaruh syak kepada suspek berikutan suspek mendakwa akan menggunakan jalan pintas untuk menghantarnya ke rumah di Pandan Indah kerana ketika itu jalan utama terlalu sesak.


“Sebaik suspek memberhentikan kenderaannya, dia menoleh ke tempat duduk belakang sebelum mula menggoda mangsa.


“Suspek mendakwa tidak mengenakan caj sekiranya mangsa bersetuju melayaninya,” katanya.


Sumber berkata, mangsa yang terkejut mempertahankan diri menyebabkan suspek lebih agresif dan cuba menanggalkan pakaian mangsa




“Lelaki terbabit mula hilang selera apabila dia mendapati mangsa datang bulan. Namun, bagi melepaskan geramnya, suspek mencabul mangsa.

“Selepas itu, suspek mengarahkan mangsa keluar daripada kenderaannya dan mengugut mangsa supaya merahsiakan perkara terbabit




“Suspek memecut kenderaan meninggalkan mangsa di kawasan kejadian,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.



*mcm2 ragam mnusia zaman skg..
tp Alhamdulilah selamat gak kakak tu dpd d rogol..
tp pmndu teksi tu mmg x patot...
klo ye pon nk lpas gian.
lpaskan la kt bini sndri..
x pkir ke klo pompuan tu bini orang ke, mak budak ke..
cube klo bini dye ke, or adk bradik dye ke, kne cmtu..
apa prasaan dye..





No comments:

Post a Comment

Popular Posts