halaman

Wednesday, February 9, 2011

Hanya lepas Nikah..


Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku 
rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. 
Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. 
Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. 
Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali 
padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. 
Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan 
menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.
 Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak 
mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah.

Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang 
membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi 
nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja.
Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu 
tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi 
aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, 
“Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang 
boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan
senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…
 Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok 
pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku s
ayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai 
kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. 

Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. 
Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. 
Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit 
pun aku tak rasa kasihan.
 “Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak 
dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya 
satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta 
dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. 
Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak 
seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting 
bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu 
kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.
 Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan 
macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat 
aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar 
aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat 
bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. 
Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah 
membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan 
membawa aku dan dia pergi.

 Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera 
kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan 
keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang 
hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air 
mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. 
Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku 
berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. 
Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. 
Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam 
ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. 
Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya 
menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,”
hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus 
berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. 
Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak
 pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia 
bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.
 Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari 
lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka 
dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. 

Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna 
biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.
 “Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka 
setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak 
setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, 
anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak 
awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”
 Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. 
Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous
 mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” 
Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun 
dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua 
origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara 
cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki 
dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata 
aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam 
origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti 
seorang wanita yang luhur.

 Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, 
bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata 
aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana 
dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu 
rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. 
Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya 
yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. 
Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.
 Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. 
Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” 
pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi 
tidak menentu. Aku panic.

 “Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” 
jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat 
bergegas masuk dan aku diminta keluar.
 Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. 
Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha 
dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. 
Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. 
Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah 
dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. 
Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk 
hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan 
serpihan kaca bertaburan di lantai.

 Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu 
tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, 
Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. 
Bahagianya aku.
 “Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. 
Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. 
Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab 
dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak 
tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga 
akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

 Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa 
bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. 
Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke 
orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.
 “Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. 
Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan 
kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. 
Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai 
sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. 
Dia selalu melayan aku dengan lembut. 

Aku pernah cuba pegang tangan 
dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.
 “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. 
Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik 
selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku 
lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. 
“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. 
Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik 
selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu 
pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.
 Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. 
Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat 
aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. 
Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat 
itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia 
lumpuh kerana aku!

 Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku 
tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun 
tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan 
kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih 
merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi 
aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di 
hadapan mata sudah hampir dingin.
 Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku 
terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. 
Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan 
tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.
Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. 
Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan 
di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. 
Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu 
kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin 
mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku 
kini khas buat lelaki lain.

 Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya 
yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat 
apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang 
mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.
 Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku 
dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. 
Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang 
baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca 
botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil 
untuk kembali seperti dulu.

 Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi 
kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku 
selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. 
Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap 
rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat 
dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir 
itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. 
Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering 
aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku 
selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat 
sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki 
apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

  
 * Melalui kisah ni sy nk tnyer ape sbnrnyer yg diinginkan seorg lelaki apabila die memilih pmpn itu mjd kekasih die..sekadar melampiaskan nfsu yg pasti tidak halal atau sbnar2nyer ingin mencari calon isteri yg bnar2 dpt menjaga die seumur hidop die...??sy nk anda jwb...


No comments:

Post a Comment

Popular Posts