halaman

Monday, January 3, 2011

Melaka bangun taman tema ala-ala Disneyland

 MELAKA: Sebuah taman tema ala-Disneyland dan Universal Studio akan dibangunkan di negeri ini dengan kos kira-kira RM300 juta dalam usaha membantu kerajaan meningkatkan industri pelancongan negara, khususnya di Melaka. 

Projek Laman Seni Film City ini, akan dibangunkan Fine Leisure Development Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Eurofine di tapak seluas 21.668 hektar di Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya, berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh.
Pengarah Urusan Kumpulan Eurofine, Ida Rahayu Md Noor berkata, projek itu yang diilhamkan pihaknya pada 2000, akan dimulakan pembinaannya awal tahun depan dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun.


Katanya, taman ini bakal menempatkan dua akademi berkaitan perfileman yang dilengkapi studio suntingan, grafik dan audio digital terkini, selain empat taman tema keluarga dan hotel berasaskan watak animasi terbitan Fine Animation Sdn Bhd, sebuah pusat beli belah dan dua laman rekreasi dan hiburan. 


"Jika seluruh dunia sudah mengenali Disneyland, Universal Studio atau Legoland, syarikat kami meletakkan cita-cita supaya Laman Seni Film City bakal menjadi satu taman tema jenama Malaysia yang pertama dan terkenal di seluruh dunia dalam tempoh lima tahun akan datang. 


"Projek ini juga adalah perancangan 10 tahun Kumpulan Eurofine," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian pembelian tanah bagi tapak projek itu dengan Yayasan Melaka di Ayer Keroh, dekat sini, semalam. 

Pada majlis itu, Kumpulan Eurofine diwakili oleh Ida; Pengerusi Kumpulan, Rina Mohd Harun dan Pengarah Bahagian Penerbitan Kumpulan, Azlina Din, manakala Yayasan Melaka diwakili dua ahli lembaga pengarahnya, Ibrahim Nordin dan Zaleha Bujang.

hahaha...
xlme lg mlaka lg maju dpd k.l la nmpknyer..


No comments:

Post a Comment

Popular Posts