halaman

Saturday, February 5, 2011

Kerajaan tanggung kos bawa pulang 11,000 rakyat Malaysia




“Tolonglah... hentikan sebar khabar angin seperti yang ada 
dalam blog dan internet, ia perbuatan tidak bertanggungjawab. 
Segala yang kerajaan lakukan adalah untuk rakyat kita,”
itu lah dia kata-kata dari Setiausaha Politik Perdana Menteri, 
Datuk Shahlan Ismail..
(kesal dengan dengan sikap segelintir pihak yg x bertanggungjawab, 
sehinggabeliau terpaksa membuat kenyataan sedemikian.)




entry aku kali ni, aku nk ucapkan ribuan terima kasih kpd kerajaan 
negara kita Malaysia kerana sentiasa mengambil berat akan rakyatnya..
dan aku juga sgt besyukur kerana dilahirkan di negara ini..
haha.. skema x ayat aku??
sbenarnye aku nk kongsi sikit tetang kebaikan kerajaan kita 
n why should we supportour goverment. mcm yg aku ckp td,
kerajaan kita ambil berat tetang rakyatnya.
kerajaan kita x membezakan dari negeri mana kita
datang or apa bangsa kita..sebagai contoh yg sgt jelas,
kerajaan sanggup mengeluarkan belanja bejuta2 ringgit 
utuk mngeluarkan rakyatnya dari kekalutan yg melanda di mesir.
korang bayangkan kerajaan support semua 11 ribu rakyat
Malaysia yg berada disana utk dibawa pulang ke Malaysia...
Haha... pemurahkan?? terima kasih juga kepada 
Pedana Menteri kita yang memberikan kepimpinan yg 
terbaik dalammenguruskan kerajaan negara Malaysia.. 
kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut tetang aktiviti kerajaan
dalam pemindahan rakyat Malaysia balik ke tanah air semula, 
baca semua kat bawah ni ye..





KOTA KINABALU: Seramai 3,600 rakyat Malaysia, terutama 
pelajar di Mesir sudah dibawa keluar dari Kaherah dan Iskandariah 
ke Jeddah, Arab Saudi setakat tengah malam tadi 
waktu tempatan (kira-kira jam 6 pagi ini waktu Malaysia) 
menerusi 10 penerbangan.
Mereka yang berjaya dibawa keluar setakat jam 12 tengah malam itu, 
termasuk 365 penuntut yang menaiki penerbangan 
sulung pesawat Boeing 747 MAS MH 8010 dari Kaherah ke 
Jeddah jam 6.15 petang kelmarin dan diberikan visa semasa 
tiba (VOA) oleh Kerajaan Arab Saudi.Di SEPANG, BERNAMA melaporkan, 
sekurang-kurangnya 50 rakyat Malaysia pelbagai golongan 
termasuk pelajar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa 
Kuala Lumpur (KLIA) semalam, atas perbelanjaan sendiri melalui 
pelbagai penerbangan termasuk EgyptAir, Etihad Airways, 
Gulf Air dan Saudi Arabian Airlines.Menteri Luar, 
Datuk Seri Anifah Aman, berkata penerbangan membawa 
rakyat Malaysia dari Kaherah ke Jeddah semalam membabitkan 
dua pesawat MAS, masing-masing jam 10.25 pagi (waktu tempatan) 
dan 7.50 malam serta dua pesawat Airbus 320 AirAsia 
pada jam 4.30 petang dan 12 malam.

Dua pesawat C130 Hercules Tentera Udara Diraja 

Malaysia (TUDM) melakukan tiga penerbangan, 
masing-masing jam 3 petang, 7 malam dan 10 malam. Sebuah lagi 
pesawat C130 TUDM melakukan penerbangan dari Iskandariah 
ke Jeddah jam 3 petang, 7 malam dan 10 malam.
“Kapal Bunga Mas 5 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 
di Teluk Aden pula dijangka berlabuh di Pelabuhan Suez 
jam 4 petang esok (hari ini) dan mampu membawa 
kira-kira 500 orang. Operasi membawa keluar lebih 11,000 
rakyat Malaysia di Mesir dijangka selesai Isnin ini,” katanya 
pada sidang media, di sini semalam. 

Mengenai rungutan pihak tertentu, terutama 
ibu bapa dalam laman sosial Facebook mendakwa anak mereka 
akan dikenakan bayaran tambang penerbangan dari Jeddah 
ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Anifah 
berkata, perkara berkaitan kos bukan keutamaan kerajaan sekarang.
Beliau juga kecewa dengan tuduhan bahawa kerajaan 
lewat membawa keluar rakyat Malaysia sedangkan 
Wisma Putra sudah memohon hak pendaratan sebelum 
situasi keselamatan di Mesir meruncing, tetapi ditolak 
pihak berkuasa negara berkenaan dengan alasan Kerajaan 
Mesir mampu mengawal keadaan.

“Hanya bila tahap merah, Mesir baru beri hak pendaratan, 
malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga baru 
nak bawa keluar kakitangannya semalam (kelmarin). Amerika
Syarikat juga berbuat demikian semalam (kelmarin),” katanya.
Di KAHERAH, Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohillan Pillay,
berkata kerajaan menanggung semua kos untuk membawa keluar rakyat 
Malaysia di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi serta penghantaran pulang 
mereka ke tanah air, sekali gus menafikan tuduhan bahawa rakyat 
Malaysia perlu membayar tambang. 
“Ini tohmahan tidak berasas, kita tak kenakan sebarang bayaran... 
rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang semua 
dibantu kerajaan keluar dari Mesir. Kecuali ada yang beli 
tiket penerbangan sendiri, itu kita tak boleh halang. Tak kira 
pelajar tajaan kerajaan atau tidak, semua kita jaga dan tanggung 
segala kos pengangkutan.

“Cuma operasi untuk bawa keluar rakyat Malaysia di Mesir ke 
Jeddah dilakukan secara berperingkat. Bagi rakyat Malaysia yang 
bekerja di Kaherah, kebanyakannya sudah pulang melalui 
penerbangan ditaja syarikat masing-masing,” katanya ketika dihubungi.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail, ketika 
dihubungi turut memberi jaminan sama seperti Kohillan berhubung 
aspek kos dan menasihatkan rakyat Malaysia yang mempunyai waris 
atau anak di Mesir supaya tidak terpedaya dengan khabar angin 
kononnya kerajaan akan mengenakan bayaran bagi tujuan berkenaan.

“Tolonglah... hentikan sebar khabar angin seperti yang ada 
dalam blog dan internet, ia perbuatan tidak bertanggungjawab. 
Segala yang kerajaan lakukan adalah untuk rakyat kita,” katanya.
Beliau menambah, pelajar Malaysia yang dipindahkan ke 
Jeddah tidak mengalami trauma melampau kerana kerajaan sudah 
mengingatkan mereka konflik di Kaherah bukannya peperangan, 
sebaliknya tunjuk perasaan rakyat terhadap politik domestik Mesir.

Di GEORGETOWN, seorang bapa, Ismail Walat, 32, mendakwa 
ada individu mengaku wakil Wisma Putra meminta wang kononnya 
untuk menampung kos membawa pulang anaknya dari Mesir melalui 
Jeddah ke tanah air.
Beliau yang khuatir ia perbuatan pihak tidak bertanggungjawab 
yang cuba mengambil kesempatan meraih untung dan 
memburuk-burukkan kerajaan, mendakwa individu itu 
menghubungi rakannya dan meninggalkan pesan supaya beliau 
membiayai perbelanjaan itu kerana kerajaan hanya menanggung 
kos perjalanan dari Mesir ke Jeddah. 

sumber: BERITA HARIAN




No comments:

Post a Comment

Popular Posts