halaman

Friday, March 29, 2013

FAKTA: Kenapa Harga Minyak di Malaysia Mahal




Assalamualaikum & salam sejahtera.. Entry aku kali ni aku nak tampilkan kelainan daripada selalu. Kali ni aku nak share dengan korang tentang fakta kenapa harga minyak Malaysia mahal. Mesti selama ni korang pernah tertanya-tanya kenapa & selalu dengar cerita yang kurang enak dari pelbagai pihak tentang isu ni. Kalau korang nak tahu perkara sebenarnya, kat sini aku ada copy arikel tentang tajuk yang kita nak bualkan ni.



Mengenai isu harga minyak, kami mempunyai penjelasan kami sendiri. Kenapa harga minyak di Malaysia mahal. Pertama, benarkah bahawa harga minyak di Malaysia itu mahal? Jadi, untuk mendapat tahu mahal atau tidak harga minyak di Malaysia itu, mari kita buat perbandingan antara Malaysia dan negara-negara lain.

Pertama, memandangkan Malaysia ini berada dalam ruang lingkup Asia Tenggara, kita buat dahulu perbandingan awal antara Malaysia dan negara-negara asia tenggara yang lain.

Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (SGD2.12) seliter bagi RON 95, manakala negara yang mempunyai harga petrol termurah ialah Brunei dengan harga RM1.28 (BND0.53) seliter bagi RON 97.

Malaysia masih termurah antara negara-negara lain di Asia Tenggara. Kenapa Brunei mahal? Jangan jadi bodoh macam rakan kita di seberang sana. Guna akal, jangan bandingkan epal dengan durian macam si Bawani. Brunei, negara yang keenam terkaya di dunia, dengan populasi yang jauh berkali ganda lebih kecil dari Malaysia. Jadi, minyak yang ada di negara mereka sebenarnya tidak habis digunakan dan masih dalam bekal yang banyak membuatkan mereka boleh mengimport ke mana yang mereka mahu, dalam kuantiti yang banyak.

Dan, ada yang mengatakan kenapa bandingkan Malaysia dengan negara-negara asia tenggara? Kenapa tak bandingkan dengan negara pengeluar minyak yang lain? Itu cadangan yang genius. Mari kita buat perbandingan kita.

Malaysia untuk pengetahuan sahabat semua, sebenarnya tidak layak untuk menganggotai OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries – Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana kita sebenarnya lebih banyak mengimport daripada mengeksportnya.

Juga, kita kena lihat jumlah pengeluaran minyak Malaysia dengan negara-negara yang dibandingkan oleh puak pembangkang dengan jumlah pengeluaran lain. Sebagai contoh, kita ambil Qatar yang harga minyaknya hanyalah 0.82 sen, menurut duit Malaysia. Ada yang mempertikaikan kenapa Qatar mampu memberikan kepada rakyat mereka harga yang semurah ini. Malaysia selaku negara pengeluar minyak, seharusnya mampu seperti Qatar.

Sekali lagi saya tekankan, jangan tertipu dengan taktik mereka. Macam yang saya tegaskan Malaysia bukanlah sebahagian daripada OPEC kerana jumlah minyak serta aktiviti import dan eksport minyak negara kita tidak sehebat dan sebanyak mereka. Sebagai contoh, Qatar mengeluarkan 1125.46 ribu tong sehari, melebihi kita yang hanya mengeluarkan 703.92 ribu tong sahaja.

Kenapa kita tak bandingkan sahaja Malaysia dan Indonesia yang hampir berkongsi amaun yang sama dalam pengeluaran minyak. Ehh, tak, Indonesia jauh meninggalkan kita dengan 1043.14 ribu tong, hampir sebanyak Qatar. Tetapi, lihat sahaja harga minyak di negara mereka, yang mencecah 3.18 sen bagi kategori Ron 95.

Ambil India, yang amaunnya hampir sama dengan kita, di mana India mengeluarkan 881.11 ribu tong sehari, tetapi harga Ron 97 mereka, mencecah 4.57 sen, dua kali ganda daripada kita.

Ambil contoh Argentina, di mana harga minyak di negara mereka mencecah 2.99 sen, walaupun mereka mengeluarkan 787.17 ribu tong minyak sehari.

Ada yang bising kenapa bila harga minyak dunia turun, Malaysia tidak menurunkan harga minyak? Jawapan senang aje. Pernah dengar G20? Pada tahun 2011, sidang kemuncak kumpulan negara-negara ekonomi terbesar dunia, G20, yang diadakan di Seoul, Korea Selatan telah membuat deklarasi untuk menghentikan secara berperingkat (phase-out) subsidi minyak yang dikatakan tidak efisien dan menggalakkan pembaziran.

Pakar ekonomi dari serata dunia berkongsi pendapat bahawa sebenarnya subsidi minyak ini mengutungkan pihak yang lebih kaya, berbanding golongan miskin sedangkan jumlah subsidi yang dikeluarkan itu boleh digunakan untuk membantu golongan miskin lebih spesifik.

IMF telah mengeluarkan sebuah kertas kerja. Kertas kerja yang diterbitkan pada 2007 itu mengatakan bahawa, untuk setiap 1 unit sumber (unit of resources) yang digunakan oleh golongan miskin, 3 hingga 5 atau lebih unit digunakan oleh golongan lebih kaya. Kertas kerja berkenaan juga mencadangkan agar subsidi minyak dihapuskan, dan perbelanjaan untuk subsidi dialihkan kepada usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, infrastruktur dan mengurangkan cukai.

Selain daripada itu, subsidi minyak juga dianggap sebagai antara penyebab kenaikan harga minyak dunia. Menurut Financial Times, subsidi melindungi pengguna daripada harga borong minyak yang tinggi, tetapi kemudiannya meningkatkan permintaan minyak dan mendorong kenaikan harga borong. China merupakan contoh negara yang menaikkan harga minyak dunia. Apabila China memotong subsidi, harga minyak dunia serta mereta turun.

Dan untuk pengetahuan semua, Malaysia merupakan negara yang tertinggi di Asia Tenggara dan Asia, serta di kedudukan ke dua mempunyai subsidi tertinggi. Malaysia dilaporkan telah sebanyak 2.4% daripada KDNK semata-mata untuk subsidi minyak. Menurut majalah The Economist, pada tahun 2008 meletakkan Malaysia di tangga yang ke-12 membelajankan subsidi minyak untuk rakyatnya.

Jadi, antara sebab yang menyebabkan harga minyak kita sedikit "mahal" ialah kita bukanlah pengeluar minyak utama dunia seperti OPEC, juga kerana proses penghapusan subsidi secara berperingkat oleh kerajaan selaras dengan apa yang telah direncanakan dunia.




*Sumber artikel adalah dipetik daripada page . Untuk tak nak korang salah paham, aku bukan berpolitik oke, aku cuma nak share fakta dengan korang. Jadi aku tak bertanggung jawab jika ada mana-mana pihak yang terluka hatinya dengan entry aku kali ni.. ;))

38 comments:

  1. betul tu. Sepatutnya kita perlubersyukur.

    ReplyDelete
  2. syukur alhamdulillah semua benda mahal

    ReplyDelete
  3. bn meng lpas ni lbh byak brg naik . yg kaya lebih kaya , yg miskin lebih miskin

    ReplyDelete
  4. Kita patut bersyukur kerana minda kita tertutup... jgn jadi bodoh, jgn bandingkan minyak malaysia sbgai pngeluar dn singapura semestinya kene beli... fakta kau tak kene dan sbagai pngampu BN... Tun Mahathir yakni idola kau sendiri cakap tinggal golongan bodoh je yg ade dlm BN... Pakatan Rakyat ade resipi la wei tuk trunkan harga minyak kpd Rakyat Malaysia... spt kes 20m3 air percuma di selangor. Awal2 BN kata Selangor akan banhkrup... tp sebaliknya... aku harap kau dapat bukakan minda kau yg tertutup tu k... bye...

    ReplyDelete
  5. x pa kita sokong kerajaan naik kan harga minyak ke tahap tertinggi

    ReplyDelete
  6. all is nonsense!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Then , what is your opinion about this problem. Please.. I just want to know

      Delete
  7. kamu adalah pencacai umno! pencacai dasar pencacai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ada pihak yg cuba menerangkan sst yg betul di kata PENCACAI...bila senyap dikata BACUL...

      Delete
    2. Bila masa ini semua betul? Tu la, cepat sangat makan cakap org.. Main numbers sikit, sebut macam 'ekonomik' sikit terus percaya.. Kaji sendiri, jangan baca entry bohong begini..

      Delete
  8. Patutnya kurangkan perbelanjaan pemerintah. Ini tidak, pergi oversea tidur hotel paling mahal. Cuba tidur kat hotel biasa2 mcm pegawai biasa je. Kan boleh jimat belanja utk disubsidikan kepada rakyat yang pendapatannya biasa2 je ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serupa mcm kat perak dulu bila pr perintsh nak beli keta mahal utk exconya kenapa tak beli keta yg lebih murah mcm nissan sentra ke!

      Delete
  9. 1. Kita tak boleh nak banding dengan Singapura sebab
    a. Singapura tiada sumber asli. Sumber ekonomi Singapura bersandarkan kepada 3 perkara utama iaitu sumber tenaga Manusia, infrastruktur & perkhidmatan.
    b. Singapura negara kecil, maka penggunaan kenderaan terhad pada golongan yang mampu. Jika golongan ini boleh beli kereta, takkan tak boleh nak isi minyak yg mahal. Ia juga salah satu sumber ekonomi Singapura.

    Kat Malaysia, negara besar, sumber asli banyak, buat kereta lagi, sumber tenaga mahir tinggi, infrastruktur hebat, sektor perkhidmatan canggih .. tapi kereta mahal, minyak mahal, makan mahal, tol mahal, perkhidmatan awam hampeh... nak buat apo... bayar je lar...

    2. Brunei juga negara kecil. Depa bagi harga minyak yg rendah pada rakyat. (Kita jangan convert pada duit kita) Kalau awak bergaji BND2000 di Brunei, byr minyak BND0.53 sen (Ron97) bayangkan berapa banyak pendapatan boleh guna yg ada. Tapi di Malaysia, gaji RM2000, bayar minyak RM1.90, Ron 95 lak tu... berapa byk punya beza daaa... Tak seperti Singapura, di Brunei ada sumber asli. Sebagai pemerintah yang bertanggungjawab, mereka kongsi kemewahan tersebut dgn rakyat. DiBrunei, siapa yg bekerja di sektor perkhidmatan (terutama sekali), berpeluang utk melanjutkan pelajaran di luar negara ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Kemudian, ibubapa di beri geran utk melawat anak2 diluar negara. Kalau ada 10 anak belajar luar maka ada 10 geran lah. Tol pun takde. Kat Malaysia Ada ? Syukur...

    ReplyDelete
  10. 3. Malaysia bukan tak layak nak jadi anggota OPEC... Malaysia tak nak. Sebab OPEC nak jual minyak kena ikut kuota. Itu yg kita tak nak. Jadi bila musim harga melonjak kita boleh jual tinggi. Bila harga turun, minyak kita simpan dulu.. jual sikit aje.. jadi kita tak terikat pada peraturan OPEC.

    4. Indonesia bukan negara pengeluar minyak ye... dia negara pengimport minyak ... sila check balik fakta ...

    5. Bila harga minyak dunia turun, minyak Malaysia tak turun juga.. itu yg belik... alasannya penjimatan dr byr harga subsidi boleh digunakan untuk kurangkan defisit... betul la tu... Hakikatnya isu nya amat besar dan saling berkait.
    a. Malaysia bagi subsidi pada minyak grade B. Kita beli minyak ikut harga pasaran 'future market'. apa benda tu... ia adalah jual beli brg commoditi mcm minyak dan penghantarannya adalah pada masa akan dtg, biasanya 3 bulan selepas itu. Sebagai kerajaan, kita ada sumber2 untuk membuat ramalan ttg harga minyak pada masa hadapan. Jika minyak dijangka naik, kita dah beli minyak dengan harga murah dan buat stok... macam yg USA buat tu... Bila masa harga tinggi, sebahagian stok, kita jual sikit untuk dapat untung... Jadi disini kita boleh kurangkan harga minyak. Mengenai defisit tu, masalahnya di satu bahagian kita berjimat, di bahagian lain kita buat pembaziran contoh seperti laporan ketua Juruaudit Negara- di Ipoh, buat kuarters tentera sebelah Kuari. Keadaan berabuk teramat teruk hinggakan JAS melebalkan ia sebagai tempat yang tidak boleh diduduki... abis 90 juta.
    b. Buat monument sejarah di pantai sabak tentang penjajahan Jepun ke Melaya... abis kena hakis & sekarang tenggelam di laut. Abis RM100k
    c. Di tasik Chini, buat restoran terapung... tapi tak sampai setahun dah tenggelam. Abis RM300k

    ReplyDelete
  11. Hakikatnya begitulah... kerajaan membuat pembaziran dengan memberikan projek pada yang tak layak & juga korupsi oleh sebahagian pemimpin.Byk benda masuk kocek sendiri. Kalau kat bandar, tempat jalan kaki asyik bertukar... kejap tiles, kejap batu bata, kejap simen... Bala2... Rakyat kena tanggung... bayar sini dan sana hinggakan pendapatan boleh guna semakin mengecil.

    6. Subsidi bukan suatu perkara yang buruk. Laporan IMF gagal mengambil kira bahawa setiap negara punyai ekonomi yg berbeza2. Subsidi ini ibarat pisau. Pisau jika digunakan untuk membunuh maka buruk lah ia, tapi kalau digunakan untuk memasakan, ia memberi faedah kepada penggunanya. Begitu juga subsidi, perlaksanaannya mesti tepat pada golongan sasaran. Isu pokok yang perlu ditangani oleh kerajaan ialah bukan untuk meningkatkan jumlah pendapatan rakyat akan tetapi isu yang utama ialah untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat. Jika pendapatan boleh guna besar, rakyat tak kisah jika gaji bulan2 kecil. Ini kalau pendapatan besar tapi harga barang di luar mahal nak buat apa. Lu pikir la sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Like a boss. Da best reply...i memang bersyukur malaysia masih ada orang berfikiran macam u...syukur

      Delete
    2. Subsidi untuk orang yang susah sahaja. Jika subsidi turut dinikmati oleh orang kaya itu ketirisan namanya.

      Delete
  12. Daripada mengeluh barang semua mahal, baik kita mengeluh mcmne nak tingkat ekonomi sendiri. Xhabis2 nk komplain itu komplain ini, bersyukurlah kita dgn ape yg ade. Bersyukur kita ade kaki tangan dan akal yg kita masih blh gunekan utk mencari rezeki. ;)

    ReplyDelete
  13. ok. maklumat mcm ni kita kne baca dan kne faham betol2. x kira la dari siapa kita dapat.

    ada beberapa soalan yang x terjangkau difikiran.
    a) kalau ya usaha kerajaan adalah untuk menghapuskan subsidi secara berperingkat, adakah subsidi minyak itu dapat disalurkan kepada rakyat utk mengurangkan bebanan/tangungan yang lain. sebagai contoh, infra:tol dihapuskan, kawalan harga makanan asas, harga rumah/sewa rumah, Bil. elektrik, Astro dll.

    Fakta nya : kalau minyak naik secara tak langsung harga barang2 atau perkhidmatan lain juga naik. jd, siapa yang patut tanggung?? dimana pengurangan / faedah yang rakyat dapat.

    2.) kalau benar maklumat ini adalah fakta, yang bercanggah dgn maklumat lain daripada pembangkang.. why not perkara ini dibentangkan, disebarkan melalui hujah/debat supaya rakyat dapat menilai dgn cara yang adil. saya x salahkan pembangkang kerana mereka perlu membangkang.., tetapi saya kecewa kerana kerajaan tidak bersungguh utk membuktikan mereka adalah benar iaitu melalui debat.

    ReplyDelete
  14. alhamdulilah..kalau stay 1.90 bg ron95 ni xpe la..jgn naik plak klu x mmg pening

    ReplyDelete
  15. Saya warga negara Indonesia salut dengan pemikiran anda. Banyak orang di Indonesia melakukan demonstrasi karena subsidi BBM dikurangi. Padahal itu baik bagi kita...

    ReplyDelete
  16. harga setong myk mentah yg dijual qatar berbanding myk mentah yg dijual malaysia sama ke??

    grade myk mentah yg dijual qatar berbanding myk mentah yg dijual malaysia sama juga ke??

    ai is bagi CLUE.. 1 tong myk mentah malaysia = 3 tong myk mentah negara2 arab.. carilah faktanya.. kihkih

    ReplyDelete
  17. Thanks for the info for you owner blogger . And for those yang tak boleh terima hakikat why harga minyak naik tu , tak payahlah guna kereta ye haha kalau setakat 20sen tu pun nak kecoh . Kerajaan tahulah apa nak buat this is for future economy ok . Think wise and positive people . Kalau semua nak free memang lingkup lah negara .

    ReplyDelete
  18. Sebagai student petrokimia. Sy mgakui artikel ini benar. Ape yg ahli2 pr berdakyah pun ade kbnrn.
    Tp utk dpndg sudut ekonomi. Masih byk kebaikan yg kbykn xnmpk. Sy xnk jd keyboard warrior.
    syukur malaysia masih aman. #Alhmdulillah

    ReplyDelete
  19. hahaha,..nk tergelak pon ade,..tkpe la nk bt mcm mne kan "fakta"....huhuhu pengeluaran memangberbeza t[p kualiti minyak yg selalu d gembar gemburkan mcm mne lak,..???? kate minyak yg d kluarkan d malaysia ber"gred" "A",...n minyak 2 di jual keluar negara,.. mesti la lagi untuk,..ke lgi rugi,..????kite beli mnyk yg murah dri negara lain,...untuk kegunaan dalam negara,...

    ReplyDelete
  20. Wakakaka minyak malaysia gred A dasar laut, minyak arab gred C darat saja, malaysia jual minyak gred A beli gred C untuk kita pakai sepatutnya harga juga ikut gred C, tp biasala mau bebankn rakyat,

    ReplyDelete
  21. Malaysia adalah sebuah negara yg amat dirahmati Allah SWT sebab tiada bencana alam cam gempa Bumi atau gunung berapi... Tambahan pula Allah SWT bg macam2x hasil Bumi seperti minyak mentah, gas asli, balak & pelbagai mineral yg membolehKan Malaysia menjadi no 1 dlm Asia! Malangya akibat pengurusan & pentadbiran yg lemah & rasuah... Kita tertinggal jauh dibelakang & kos kehidupan meningkat & nilai matawang kita jatuh .. 1sing dollar = RM2.60
    Oh Malaysia Ku....

    ReplyDelete
  22. jgn pkr tempolok diri sendiri. 20 sen bapa kau boleh byrkan sbb tu kau x kisah. Gaji rendah barang mahal, minyak nk ikut harga pasaran, last2 kadar insflasi tinggi. nak sgt jimat punya pasal rakyat jadi mangsa. jgn keluarkan pendapat tanpa fakta, kebenaran dh ad depan mata. klau org kampung bolehla pkr mcm tu tapi kita now alaf baru! MERDEKAKANLA OTAK KITA~!!!

    ReplyDelete
  23. aq bukan.aper....aq.sokong penulis blog ni....bagi aq, kita ader ramai pakar dan mereka tahu aper yg mereka buat, wat aper nk hina negara sendiri...sepatutnya bagikan sokongan...aq lihat, org malaysia adalah org yg paling x bersyukur...mereka hanya boleh membantah dan memprotes....aq rase...jgn lihat aper yg sedang berlaku sekarang, tetapi lihat aper yg akan berlaku nnti.....semua usaha kerajaan selalu ditentang, tapi hakikatnya....benda tu lah yg letak malyasia sbgai sebuah negara yg berdaya saing didunia dan sehingga kita berada pada kedudukan ke19 drpada 26 negara yg paling berdaya saing didunia....kita lihat pembinaan menara KLCC,KLIA,Putrajaya,jalan raya bertingkat,jambatan pulau pinang....semuanya mendapat tentangan dri pelbagai pihak....akhirnya,ia membuka mata selurh rakyat malah seluruh dunia....kebangkitan malaysia....Datuk seri Najib buakn hanya sebagai PM tetapi juga sebgai menteri kewangan...jadi dia tahu bagaimana hendak mentadbir negara....kita lihat krisis mata wang 1998 dimata ketika itu sistem matawang asia diserang...ketika itu juga matawng ringgit diiktiraf sebagai matawang yg paling kukuh pada era pemerintahan mahathir, tetapi akhirnya ia jatuh kerana kegagalan menteri kewangan iaitu datuk Seri Anwar mentadbir matwang tersebut....

    ReplyDelete
  24. memang minyak malaysia ber gred A tetapi minyak yg diimport lebih banyak dripada yg dieksport......bukan semua minyak yg dikeluarkan setiap hari di eksport....ia juga digunakan kepada jet jet tentera dan kapal terbang malaysia....memang secara am nya kita lihat ia sepatutnya mengaut banyak keuntungan, tetapi pada dasarnya, minyak yg diimport perlu diproses semula untuk memastikannya selamat untuk digunakan oleh kenderaan...sbb itu minyak mempunyai Ron ron yg tersendiri....

    ReplyDelete
  25. Kepada empunya blog...Kalau bodoh, duduk diam2 dan rancanglah membunuh diri secepat mungkin. Bunuh diri jauh lebih baik dari menonjol2 bodohnya diri anda kepada dunia. Org berblog utk majukan diri..ini blog utk mengampu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pendapat dia. Saudara sanggahlah dengan pendapat saudara sekiranya saudara berpendapat dia tak betul. Cubalah matang dalam membuat komen.

      Delete
  26. Byk org yakin sangat2. Teori Domino ni... Bila minyak naik.. Harga barang pun naik... Betul ke fakta ni...

    P Thailand.. Minyak berapa rm??.. Harga barang mahal ke.. Siap shoping berkoyan2.. India... Minyak berapa rm?.. Harga barang mahal ke...


    Sebab harga minyak ke barang murah/mahal... Try check balik Teori ni...

    ReplyDelete

Popular Posts