halaman

Monday, December 29, 2014

Fahami Jenis Batuk dan Kahak Anda


Assalamualaikum & salam sejahtera. Sedar tak sedar dah sampai ke penghujung tahun 2014 kita ni kan? So bila dah hujung-hujung tahun ni mula la musim hujan dan musim penyakit tiga berangkai (batuk, demam & selsema). Tapi hari ni aku nak share sikit ilmu tentang penyakit batuk ni. Korang tau ape itu batuk yang sebenarnye? Batuk merupakan tindakan refleks/protective reflex utk apabila saluran penafasan kita tersekat or terganggu. Tujuan utk membersihkan saluran supaya bernafas dgn lebih selesa. Kahak merupakan lendir pekat yg terdpt di tekak apabila keluar dr hidung lendir ini disebut hingus.

Jenis & ciri-ciri Batuk:

1) Batuk tak berkahak

  • rasa kering, gatal/perit kat tekak
  • rasa gatal yg kering di tekak mengakibatkan batuk yg mengganggu tanpa mengeluarkan kahak/dry cough/irritative cough
  • biasanyer disebabkan jangkitan virus or tindak balas akibat alahan dan biasanyer pulih sendiri

2) Batuk dr dada dan berkahak/chesty cough 

  • batuk dr dada dan mengeluarkan kahak menandakan jangkitan dlm paru2 misalnyer bronchitis and pneunomia.
  • kahak berwarna hijau, kuning spt karat. Kekadang ada darah dlm kahak(hemoptisis) merupakan tanda penyakit yg serious.

3) Batuk dari dada tapi tak berkahak

  • batuk dr dada tak mengeluarkan kahak
  • menandakan kesesakan dlm paru2

Sifat2 kahak & tanda penyakit:

1)putih dan jernih/lebih cair
  • tidak menunjukkan sebarang penyakit

2)putih, berbuih dan byk
  • terdpt pada pesakit bronkitis kronik dan mrk yg merokok

3)hijau, coklat or kuning
  • jangkitan dlm paru2 seperti bronkitis, pneunomia or jangkitan dlm saluran penafasan

4)kahak berdarah
  • menandakan penyakit dlm paru2(karsinoma/cacinoma, batuk kering/tuberculosis, embolisme paru2/pulmonary embolism dll)

Fungsi Pencair Lendir:

Bahan pencair lendir adalah bahan yg membantu tuk mengeluarkan kahak apabila mengalami batuk jenis berkahak. dgn nie, bahan nie membantu mengeluarkan habuk, kuman dan bendasing yg terperangkap dari sluaran penafasan. bhn nie jugak membantu mengurangkan batuk dan adalah penting dlm mencegah jankitan.

Ia berfungsi dgn :

  1. Mengurangkan kepekatan kahak samada bernanan or tak bernanah. 
  2. Meningkatkan penyingkiran lendir dgn melaraskan fungsi silia yg memerangkap dan mengeluarkan kuman, habuk, bahan pencemar dari saluran penafasan. Lendir n bahan pencemar yg dikeluarkan dr saluran dipanggil kahak.

Jenis ubat utk kategori batuk/kahak

Batuk tak berkahak
  • Penyekat batuk seperti benadryl

Batuk berkahak
  • Ekspektoran seperti Actifed expectoran
Batuk tak berkahak/berkahak/dari dada tapi tak berkahak
  • Bahan pencair lendir seperti Mucosolvan, Mucolator(abbott lab)
Kahak berwarna, pedih tekak dgn sbg
  • Antibiotik, consult wf pharmacist/doktor

Apa yg harus dilakukan selain ambik ubat:

1) tingkatkan kelembapan udara dgn alat pelembap, pengewap (nebulizer ~RM250++), or sedut udara yg berkelembapkan tinggi. Ia mencairkan rembesan bronkus atau kahak.

2)minum byk air

3)kurangkan makanan yg menyebabkan byk lendir spt
  • bahan tenusu
  • makanan yg diproses byk kali(seperti minyak yg lama digunakan)
  • daging
  • makanan remeh
  • gula pasir
  • buah2 manis
  • makanan dr tepung seperti roti putih

4)kurangkan makanan yg menghasilkan angin/flactulence
  • kacang2
  • kubis
  • kubis bunga

5)merokok membahayakan kesihatan 

Fakta ni aku ambil dpd internet untuk nak sharing ngn korang, so kalau ada salah & silap dalam fakta ni, siapa yang berpengetahuan tentang ilmu perubatan ni tolong la betul kan ye.. 





Glosary:

bronchitis: penyakit yg menyebabkan byk lendir dan menyebabkan saluran penafasan tersekat kerana keradangan dan edema bronkiol.

Edema: terkumpul lendir berlebihan dlm tisu tubuh yg menyebabkan bengkak

Ekspectoran: ubat menyebabkan or merangsangkan batuk

Embolisme: sekatan pd saluran darah disebabkan darah beku, gelembung udara.

Cacinoma: ketumbuhan barah

Penyekat batuk: ubat utk menyekat batuk 

Pneunomia: Radang paru2 yg disebabkan jangkitan seperti SARS

4 comments:

  1. Sy batuk dh seminggu tetapi hari nieh sy mengeluarkn kahar berdarah adkh itu tanda penyakit paru2?

    ReplyDelete
  2. Тут по ссылке- объявления индивидуалок Москвы
    С удовольствием встречусь с интересным мужчиной! Предпочтительно на Вашей или нейтральной территории!

    ReplyDelete
  3. Tq untuk info..anak n suami sy batuk berkahak,nk kena jaga makan ni

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete
  4. Nk buat mcm mne kalau mkn ubt batuk, tpi mkin byk batuk, so, sy x mkn ubt batuk, bhya x? Utk kahak putih?

    ReplyDelete

Popular Posts