halaman

Monday, March 11, 2013

Hantaran Kahwin Ikut Kelulusan?



   Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Entry aku kali ni nak sembang sikit pasal harga hantaran yang makin melambung naik, memang topik ni agak basi untuk kite bualkan, tapi realitinya masih ramai lagi orang kat luar sana yang masih lagi mengamalkan kepercayaan yang menguntungkan sebelah pihak ni. 

Bagi korang agak-agaknye patut ke harga hantaran tu diletak mengikut kelulusan? Malahan sampai melampau-melampau mencecah puluhan ribu pulak tu. Adakah harga hantaran ni yang menjamin kebahagiaan & masa depan perkahwinan tu?

Memang la tak dinafikan setiap pasangan yang nak berkahwin bercita cita nak langsungkan majlis perkahwinan tu secara "grand", besar besaran, ala-ala artis, aku rasa x salah pon kalau ada niat nak ada majlis perkahwinan camtu, asalkan berkemampuan. Tapi bile sentuh pasal hantaran yang mahal melampau ni, aku rase memang tak relevan langsung, aku rasa seolah-olah macam mereka-mereka ni nak jual anak la pulak.



Sebenarnya kalau difikirkan balik, selepas perkahwinan seorang gadis itu, dosa-dosa dia tak lagi di tanggung oleh sang bapa, si suami la yang akan menanggung segala dosa isterinya lepas tu. Bukan ke si lelaki ni dah membantu meringankan beban tanggungan yang di tanggung oleh bapa gadis ni, so sebagai tanda terima kasih, apa la salahnya kalau di murahkan harga hantaran tu.

Tapi kalau lah anak gadis tu dah di didik daripada kecik dengan ilmu agama, tutup aurat, pandai mengaji, pandai masak, & serba serbi boleh, dia takde sijil SPM pon aku sanggup bayar hantaran untuk harga PHd yang orang zaman sekarang ni tetapkan. Sebab, bila lepas kahwin, adalah tanggungjawab si suami untuk mengajar semua tu kepada si isteri ni. So, kalau dia dah pandai semua tu, senang la sikit si suami ni nak mendidik isteri. 



Kalau kita biasa dengar lafaz nikah, selalunya dia berbunyi macam ni:

"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."



Tapi sebenarnya kalau kita sedar & pikirkan betul-betul, ada maksud tersirat disebalik akad nikah tu, aku tau pembaca-pembaca semua mesti dah biasa baca ni kat fb kn?

"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."


Kalau kita kaji dari segi Islam sendiri pon tak menggalakkan mahar yang tinggi. 

Dari Riwayat Muslim, hadis Sahl bin Saad RA katanya :
Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Nabi Muhammad SAW seraya berkata:

“Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu”.
Lalu Nabi SAW memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.
Apabila perempuan itu mendapati Nabi Muhammad SAW diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata:
“Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya kahwinkanlah aku dengannya”.
Nabi SAW segera bertanya: “Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan MAS-KAHWIN”.
Sahabat menjawab: “Tidak ada!”
Nabi SAW bersabda: “Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin”.
Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Nabi SAW dan berkata:
“Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin”.
Maka Nabi SAW bersabda lagi:
“Carilah walaupun sebentuk CINCIN BESI”.
Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata:
“Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya”.
(Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan).
Nabi SAW bersabda : “Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai”.
Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Nabi SAW memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ. Setelah itu Baginda SAW memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Nabi SAW bertanya:
“Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?”
Sahabat tersebut menjawab: “Aku hafaz surah itu dan surah ini”.
Sahabat berkenaan menghitungnya, Nabi SAW bersabda lagi:
“Adakah engkau membacanya secara hafalan?”
Sahabat tersebut menjawab: “Ya!”
Nabi SAW nersabda :
“Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz”.

So pandai-pandai la pikir sendiri, pada anak gadis yang nak berkahwin tu, pujuk-pujuk la parent supaya jangan letak harga hantaran tinggi-tinggi.. ;))











3 comments:

  1. tu lah kata UIA nikah itu ada suka dan duka tp org selalu ingat yg suka je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. dorang x tau kawen ni besar gile tanggungjawabnye..

      Delete
  2. susah nak cakap isu ni.. saya sebagai perempuan pon belum tentu dapat beri pendapat atau mereke sendiri xnak dengar. memang betol hak ibu bapa..tapi pasangan lagi memahami diri masing2.. jadi nak salahkan sape? pasangan tidak kesah asalkan laksana perkara wajib.. tapi keluarga yang menentukan semuanya. salah satu sebab keluarga xnak malu@takot orang mengata kenapa hantaran rendah sangat? susah ubah persepsi masyarakat. bagi lebih dikata,kurang lagi dikata. susah nak puaskan hati semua pihak

    ReplyDelete

Popular Posts