halaman

Saturday, March 29, 2014

Kalaulah anda tahu betapa besar impak tragedi MH370

Kalaulah anda tahu betapa besar impak tragedi MH370 ... anda tidak akan komen sesuka hati ... anda akan jadi sangat takut ... kerana impactnya bukan sekadar kesedihan kepada waris mangsa dan simpati kita semua ... tetapi jauh dari itu nampaknya yang bakal berlaku mungkin mencakupi :-

1. ketegangan kaum atas kebiadaban orang tertentu bercakap mengulas tentang bangsa cina dan rakyat cina

2. Hubungan ekonomi

3. Pejabat MAS di Beijing telah di arahkan tutup faktor keselematan.

4. Ancaman keselamatan rakyat Malaysia termasuk pelajar dan pekerja.

5. Ancaman serangan siber ke website sistem perbankan, keselamatan negara dan website kerajaan oleh cyber troopers negara cina.

6. Pemulauan barangan Malaysia .

7. Pemulauan dan kesan ekonomi kepada tarikan pelancong .

8. Kuasa besar ekonomi moden dunia iaitu cina mampu secara halus atau kasar menekan MAS dan Malaysia secara legal melalui tuntutan berbilion ringgit.

9. Harga barang di Malaysia akan bertambah naik lagi kesan tekanan ekonomi akibat dari tindakan undang2, gantirugi, kos luar budget dll ...

10. Kestabilan politik makin tergugat kesan dari penglibatan antarabangsa.

11. Kelemahan sistem ketenteraaan / udara dan laut malaysia terbongkar.

12. Dan banyak lagilah ...

Semuanya boleh membawa kita ke zaman gelap, anak2 susah nak sekolah, nak makanpu susah, pengangguran meningkat, kerja susah and many more.

That's why ...

Bermuhasabah lah diri kita masing2 ... ada lidah cakap benda baik2 jgn mengapi2kan permusuhan ... jika salah mohon maaf dan bertanggungjawablah ... Sayangi negara kita ... dan sama2 kita kembali dekat dengan Allah ... sehebat mana teknologi yg kita ada ... Allah lagi hebat ... ok ...

Cukup2lah apa yg telah berlaku.

Together we become " A Good Malaysian ".



SUMBER

No comments:

Post a Comment

Popular Posts