halaman

Tuesday, March 12, 2013

TIPS: Percintaan Jarak Jauh (PJJ)




    Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Macam biasa dengar je kan PJJ ni? Kalau dekat "U" PJJ ni stand for pengajian jarak jauh, tapi ape yang aku nak sembang dengan korang kali ni adalah pasal Percintaan Jarak Jauh. Macam best je topik kali ni kan? Pernah tak korang alami pengalaman PJJ ni? Tak kira la sama ada cinta monyet zaman sekolah dulu atau pon yang bakal mendiri kan rumah tangga atau sudah pun mendirikan rumah tangga dengan PJJ ni. Aku ni tak lah pandai sangat bab-bab bercinta ni, tapi saje nak share dengan korang serba sedikit pengalaman & pendapat aku pasal PJJ ni.



Bagi aku PJJ ni terbahagi kepada banyak kategori (macam petandingan pulak, siap ada ketegori.. haha). Ada yang bercinta jarak jauh ni disebabkan terpaksa berpindah atas sebab keluarga, ada jugak yang berjauhan atas sebab kerja dan tugasan, atau nasib yang tak menyebelahi. Tapi yang paling sweet skali adalah yang langsung tak pernah berjumpa ( hanya berkenalan dalam laman sosial contohnya Facebook).

Ramai yang tak percaya dengan PJJ ni. Antara penyebabnya adalah kerana kecanggihan gadget-gadget spt telefon pintar & internet tanpa sempadan, kalau dulu hanya lelaki saja yang selalu dikaitkan dengan ketidak jujuran, tapi zaman yang moden ni mengubah segalanya, Walau  pun hanya segelintir individu yang berkelakuan tak sopan macam tu, tapi ia memberi impak yang sangat besar kepada mentaliti masyarakat & secara tak langsung PJJ menjadi langsung tak relevan pada zaman sekarang ni.

Mana tak nya, sedangkan yang depan mata pun selalu kantoi curang, ini kan yang duduk berjauhan, pokok pangkalnya yang sebenar terletak pada kepercayaan & kejujuran korang antara satu sama lain. Sebenarnya dalam banyak-banyak keburukan PJJ ni, ada kemanisannya yang tersendiri. Bayangkan korang bercinta dengan mana-mana individu yang sangat jauh daripada korang, teramat jarang sangat-sangat berjumpa, tapi bila berjumpa, bertapa nikmatnya, bertapa terubat rindu dihati.

Mungkin aku ni bukan la pakar dalam hal-hal macam ni, tapi macam aku kata awal-awal tadi, aku just nak share pendapat & pengalaman aku dengan korang. Tips yang aku nak share ni pon tak lah seberapa sangat, tapi mungkin satu hari nanti berguna untuk korang.. ;))





KOMUNIKASI
Dalam PJJ ni, komunikasi adalah sangat penting, memang tak dapat dinafikan dengar hanya berhubung kita dapat mengubat rasa rindu dihati. Lebih-lebih lagi zaman yang serba moden dan canggih ni, macam-macam cara kita boleh berhubung. Bagi pengguna smart phone korang bole guna BBM, Whatsapp, Weechat & sebagainya lah. Tak lupa jugak yag hanya menggunakan internet di komputer atau laptop, korang boleh Skpe, YM, dan Facebook sendiri dah menyediakan perkhidmatan Video Call, dan semuanya adalah percuma. Paling-paling cikai pon lah kan, korang sekurang-kurangnya just mesej je, walaupon dengan hanya satu mesej, korang perlu tahu yang satu tu adalah lagi baik dari takde langsung.. haha


PERCAYA
Antara elemen yang paling penting dalam PJJ ni bagi aku adalah kepercayaan, tanpa kepercayaan mungkin korang akan selalu berbalah & saling mengesyaki antara satu sama lain, Kepercayaan adalah satu nilai murni yang sangat perlu di terapkan dalam jiwa korang agar korang sentiasa senang hati dengan pasangan korang. Lebih-lebih lagi bila bercinta dengan orang yang jauh ni, kita akan diduga dengan pelbagai rintangan & halangan.


SABAR
Bila dah diduga dengan macam-macam ujian, korang jangan la cepat sangat melatah. buat keputusan terburu-buru & cepat sangat buat spekulasi yang tak elok, banyak-banyakan lah bersabar. Memang bila dah lama sangat tak jumpa ni kadang-kadang hal yang remeh temeh pon bole jadi gaduh besar, so skali lagi aku kata bersabarlah.


HARGAI KEBEBASAN
Bila kata PJJ ni, so memang la dah kompem-kompem korang duduk berjauhan, so hargai la kebebasan berjauhan korang tu, habiskan masa dengan hobi-hobi korang. Janganlah asik dikenang je pasangan korang tu sampai murung, menangis sorang-sorang, tak lalu makan, mandi tak basah, tidor tak lena, macam-macam lagilah. Tapi bukan bermaksud gunakan kesempatan yang ada gi mengorat awek/pakwe lain untuk jadi skandal! Bile korang lapang, luangkan masa dengan hobi korang contohnya memancing ke, main golf ke, sebab memang korang tau dah bila berjumpa memang korang kene simpan segala kayu golf korang tu. Bila korang belajar menghargai kebebasan, korang akan lebih matang & pada masa yang sama menunjukkan komitmen korang terhadap hubungan.


DOA
Ni lah rahsia yang paling besar skali dalam PJJ ni, biar korang mengganut agama apa sekali pon, korang still ada tuhan, so berdoalah untuk kesejahteraan & kebahgiaan hubungan korang. Terutamanya kepada yang beragama Islam.


Ada banyak lagi cara sebenarnya nk jaga hubungan yang macam ni, korang boleh jugak luangkan masa dalam 15-20minit tiap-tiap hari sebelum tidur dengan menelefon pasangan korang, cerita apa yang berlaku sepanjang hari.




2 comments:

  1. sokong, sebenarnya pjj ni menguji keyakinan kita trhadap pasangan kita.:)

    ReplyDelete

Popular Posts